KENALI KAMI

header website - 2

Bermula tahun 2010, kami yang tak tahu apa-apa tentang perniagaan ini bertatih nak mudahkan para murabbi dan mutarabbi mendapatkan buku-buku untuk lebih kefahaman islam. Kami hanyalah anak-anak muda yang banyak kekurangan. Tetapi cita-cita kami ialah untuk melihat agar usrah dan tarbiyah menjadi sekolah utama mendidik manusia. Ini memerlukan jangka masa yang panjang.

Sepanjang kami menjadi penerbit buku, berbagai ujian dan cabaran yang kami hadapi. Terutama sekali ialah banyak nya kami tak tahu selok belok penerbitan. Kami belajar satu demi satu.

Hingga kini, alhamdulillah. Kami telah beberapa kali mencetak buku-buku kami secara banyak (sebelum ni kecil-kecilan sahaja) dan hingga kini, kami sedang meluaskan pemasaran buku-buku usrah dan tarbiyah.

Tunjuk ajar senantiasa kami perlukan!

Jika sudi nak berkenalan, mohon komen dibawah ya!

🙂