3 Cadangan Idea Supaya Mutarabbi Faham Bahan

Pre-Bacaan:-

  1. Tilawah Tazkiyah Taalim
  2. Muayyashah Tarbawi

Dalam membina kefahaman islam, tak cukup dengan hanya menghidangkan bahan-bahan dan teori. Bahan-bahan dan teori ibarat bahan mentah yang masih lagi tak boleh dimakan selagi belum dimasak. Setelah dimasak, samada direbus, dibakar, stim dan sebagainya barulah bahan mentah tersebut boleh dimakan.

Begitulah juga dengan bahan-bahan tarbiyah. Dalam usrah dan daurah bahan ini disyarahkan, sampailah ke telinga, semoga ianay sampai ke hati hingga boleh ditahqiq[1]kan menjadi amal yang berkualiti dari seorang budak usrah yang ditarbiyah.

Barulah tarbiyah itu menjadi sesuatu yang men”taghyir[2]” kan (taghyir = merubah). Maknanya, apabila seseorang itu menerima bahan tarbiyah, dia mengubah dan membersihkan dirinya.

(Rujuk elemen usrah: Tilawah Tazkiyah Taalim)

Oleh kerana mutarabbi yang ada dihadapan kita adalah mad’u yang sedia untuk ditarbiyah, bermakna kita harus bijak untuk pastikan tarbiyah ini boleh mentaghyirkan mereka dengan mentahqiqkan bahan-bahan tarbiyah yang kita sampaikan kepada mereka. Ada beberapa cadangan cara yang boleh dibuat (secara ringkas) iaitu:-

  1. Muayyashah murabbi mutarabbi
  2. Setiap bahan diiringi dengan cadangan amal
  3. Murabbi mengolah bahan sesuai dengan kefahaman mutarabbi

Kita buat tiga ini dulu (Tanpa menafikan ada seribu satu cara).

MUAYYASHAH MURABBI MUTARABBI

Mengambil kisah, mengambil tahu dan hidup bersama dengan kehidupan mutarabbi adalah tanggngjawab asasi seorang murabbi. Seoarang murabbi harus tahu, apa  jadual kehidupan mutarabbinya dan seorang mutarabbi yang sodiq[3] akan sentiasa pastikan kehidupannya seiring dengan kehendak tarbiyah. Bayangkanalah, seorang ibu tak mengenali kehidupan anak nya, barangkali ibu itu adalah ibu yang  tak mengenali anaknya dan bagaimana tugas seorang ibu nak direalisasikan? Begitulah anak yang tak memberi peluang ibunya menjalankan tugasnya. Maka, hilanglah fungsi keluarga yang hakiki disini. Sebab itu lah, tugas hakiki murabbi iatu muayyashah[4] dengan mutarabbinya.

Maka, bi’ah yang sebegini sangat membantu untuk murabbi memastikan mutarabbinya keep in dengan fasa tarbiyah nya.

Ini adalah kerana, bahan tarbiyah ialah sesuatu yang hidup. Namun, ia hanya akan hidup apabila direalisasikan. Pelajaran tarbiyah ialah pelajaran amal, bukan sekadar nota di buku. Murabbi dan mutarabbi keduanya harus berusaha kuat agar bi’ah menghidupkan isi-isi pelajaran yang diajar dan dipelajari.

Muayyashah yang boleh dibuat oleh seorang murabbi ailah seperti mendatangi mutarabbi nya diwaktu selain perjumpaan formal. Disini, murabbi dapat melihat kehidupan mutarabbi yang “sebenar”. Contohnya, pergi shopping beli barang harian sama-sama, pergi lunch sama-sama (di kedai yang mutarabbi selalu pergi). Kalua mutarabbinya masih di duduk di asrama/hostel, boleh lah cuba tidur dibilik-bilik mereka. Ada juga murabbi yang join sekali kelas persekolahan mutarabbi.

Semuanya terpulang pada kesesuaian. Asalkan yang penting, dapat muayyshah. Ketikan saat-saat informal beginilah biasanya murabbi boleh masuk bersembang dengan mutarabbi secara loose  dan telus apa saja ayng dibincangkan dalam daurah dan usrah.

Kerana biasanya, sembang santai sebegini tak terlalu menakan dan lebih dekat dengan hati masing-masing. Boleh rujuk lagi tentang muayyashah dalam topik: Muayyshah Tarbawi.

SETIAP BAHAN DIIRINGI DENGAN CADANGAN AMAL

Perkara kedua yang boleh dicuba oleh murabbi ialah mengiringi setiap bahan dengan cadangan amal yang bersesuaian. Perkara ini berkait dengan pesediaan murabbi dan penguasaan murabbi terhada[ bahan yang disampaikan. Setiap bahan pastinya ada hadaf tertentu yang sesuai dengan tahaop kefahaman mutarabbi dan pastinya ada resolusi amal yang boleh dibuat.

Amal tersebut, boleh saja disediakan oleh murabbi atau pun dibincang kan bersama dalam usrah/daurah tersebut. Bergantung kepada bagaimana hendak dibuat.

MURABBI MENGOLAH BAHAN SESUAI DENGAN KEFAHAMAN MUTARABBI

Yang terakhir dan tak kurang penting nya ialah, kemampuan murabbi mengolah bahan. Menyampaikan bahan sesuai dengan kefahaman mutarabbi. Ada kadang-kadang masalah berlaku bila murabbi  syok sendiri. Oleh kerana murabbi sangat menjiwai bahan yang nak disampaikan, murabbi terlupa untuk menggunakan bahasa yang mudah difahami ataupun mengambil kira sensisitiviti mahupun tahap pemikiran mutarabbi.

Ini menyebabkan mutarabbi akan mendapat bahan secara terawang-awang. Sebab tu penting, murabbi membuat evaluasi sesaat iaitu; melihat reaksi muka, bertanya “faham ke?” atau menyoal soalan-soalan yang berkaitan untuk melihat kefahaman. Kalaulah reaksi muka mengantuk (tanpa sebab penat atau letih), atau reaksi muka tak nak layan sedangkan kita rasa topik ini best, barangkali sesuatu telah berlaku, dan paling mneyramkan ialah mutarabbi ita tak dapat point-point yang kita nak sampaikan.

Kalua kita tanya “Faham ke” lantas mendapat jawapan yang tidak menyakinkan, maka baiklah kita cepat-cepat kembali ke pangkal jalan. Barangkali, kita menyampaikan bahan yang sukar difahami atau bahasa kita gunakan terlalu tinggi.

Jadi, jangan lupa untuk sentiasa buat evaluasi sesaat dalam setiap kali menyampaikan bahan. Sebab kalau boleh kita mahu mutarabbi kita memahami bahan ini sepertimana yang sepatutnya. Keep on dapatkan feedback mereka ditengah-tengah pengisian. Sebab kalau kita tunggu hingga hujung pengisian, dan masa pun dah habis dan mereka pun dah tepu (block apa yang kita cakapkan).

Jadi, begitulah secara ringkas sedikit sebanyak tiga tips ringkas untuk mentahqiqkan bahan. Penting hal ini supaya tarbiyah ini bukan tarbiyah yang kering. Melekat sekejap kemudian senang tercabut. Semoga para murabbi dapat mengamalkan tiga perkara ini, inshaAllah.

Kongsikan kepada kami pengalaman anda di ruangan komen ye!

[1] Tahqiq = membumikan.

[2] Taghyir = merubah

[3] Sodiq = benar/jujur

[4] Muayyashah = hidup bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *