Tarbiyah bukan segalanya!

 

“Tanpa Tarbiyah, harakah hanya akan menghasilkan peribadi-peribadi yang memahami politik, tetapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan” (Muhammad Ahmah ArRasyid)

Mungkin disaat ramai yang bertanyakan, apa yang boleh dilakukan dengan tarbiyah? Ramai juga yang ditarbiyah tetapi berperangai sama seperti orang yang tidak ditarbiyah.

Saudaraku; jika engkau hendak memburu dan membunuh tikus digudang, adakah anda akan menggunakan meriam raksasa untuk BOMkan gudang tersebut demi hanya untuk menangkap tikus? Adakah kita akan menangkap ikan dengan menebar racun? Seperti mana tentera Israel Yahudi membunuh kanak-kanak Palestin dengan Apache?

OK, perbincangan kita semakin serius.

Begini, untuk menangkap tikus tanpa hancurkan gudang itu, menangkap ikan tanpa merusak kolamnya, dan kita pun marah tentera Israel membunuh kanak-kanak Palestin menggunakan Apache. Tak logik! Lalu begitulah, kalau yang masalah nya adalah pada individu dalam tarbiyah itu, mengapa yang dihancurkan institusi tarbiyah?

Wahai, Anda!

Tarbiyah bukan segalanya! Tapi segalanya bermula dengan tarbiyah! Ye, tanpa tarbiyah, kita tak hidup macam hari ini. Tanpa madrasah tarbiyah penuh darah dan air mata (betapa bersungguhnya!), takkan islam sampai ke hati kalian! Ayuh! Kembali kepada keaslian tarbiyah. Anda mungkin pengubahnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *