Masalah-masalah yang dalam Dakwah Era Kini

 

Dengan kehendak Allah, maka dakwah Islam ini telah menerobos jalannnya di zaman moden ini ke segenap pelusok dunia. Di setiap tempat, akan ada orang yang akan mewakilinya dan mengungkapkan fikrah ini.

Dakwah telah memasuki segenap bentuk masyarakat. Ia bukan lagi hanya untuk pegawai-pegawai kerajaan resmi sahaja atau hanya kepada ‘orang-orang agamawan’ sahaja. Bahkan semua orang samada lelaki atau wanita, kecil besar, profesional sains tulin dan sains sosial telah juga terlibat. Arus ini kita dapati telah menjadi asas kukuh di dalam anggota masyarakat kampus di kebanyakan universiti-universiti dunia Islam dan juga  universiti-universiti di barat.

Kemajuan dakwah walau bagaimana pun tidaklah beerti ia ketiadaan masalah dan halangan samada luaran atau dalaman. Saya akan sebutkan antaranya:

  1. Kurangnya murabbi dan muwajjih yang mampu dan layak jika hendak dibandingkan dengan jumlah ramainya penerima dakwah. Fenomena ini adalah antara perkara bahaya yang perlukan penyelesaian kerana kebanyakan dari orangramai biasanya berada di dalam bi’ah (suasana keliling) yang tidak sesuai yang akan memberi kesan negatif kepada takwin dan pembinaannya. Ramai dari orang yang tidak layak telah ke depan dan melaksanakan kerja tarbiah dan takwin. Mereka telah memberikan pendapat dalam perkara-perkara yang penting disebabkan ketiadaan orang yang layak.
  2. Kekurangan program yang dibuat untuk da’i dan muwajjih yang sesuai dengan mustawa (level) mereka bagi memenuhi pelbagai keperluan masing-masing. Kekurangan ini lebih ketara pada bidang ‘ta’sil’ dan ‘taq’iid’. Suatu yang sangat-sangat penting sekarang dakwah ini diterima sepatutnya dalam bentuk tasawwur lengkap dari awal hingga akhir. Juga dengan memahami pendetailan ceruk-ceruk (kuliyyat) dan mengetahui awlawiyyatnya.
  3. Lambatnya menyumbang. Kerana masa yang digunakan oleh seseorang individu sebelum ia tiba ke level ‘ta’thir-mengesankan kepada orang lain’ terlalu panjang dan lama. Ini semua disebabkan dari berkembangnya pengetahuan, maklumat dan meluasnya pembacaan dan pengalaman. ‘Ta’sil’ (memperdalami sesuatu dan kembali ke sumber asalnya) diharapkan akan menjadi faktor pembantu untuk mempercepatkan ke arah mencapai marhalah ‘menyumbang’ dan memberi ini. Dengan memahami kaedah-kaedah dan konsep kunci –in sya Allah akan membantu untuk tidak perlu menunggu memahami semua masalah cabang-cabang. Dengannya kita harap akan dapat mengimbangkan antara keluasan medan dakwah pada hari ini dan pendeknya masa yang diperuntukkan untuk takwin.
  4. Usaha menghalangi dakwah. Ianya wujud dalam pelbagai bentuk usaha dengan kemudahan yang banyak. Mereka mempunyai pengalaman luas untuk menghalang manusia dari jalan Allah. Walaupun kelihatan ada pertelingkahan sengit antara komunis dan kapitalis ataupun antara wujudiyyah dan nationalisme ataupun lain-lain perbezaan group sesat ini, namun semua mereka sepakat dan sekata untuk memerangi Islam dan dakwah Islam. Usaha jahat ini menjadi penghalang besar kepada kepada para da’I. Oleh itu da’i perlu memahami planat musuh-musuh ini dan cuba memelihara orang ramai dari kejahatan ini, samada dengan cara pencegahan ataupun pengubatan.
  5. Tarikan dan kesibukan hidup seharian dengan keperbagaiannya yang kompleks menjadi satu penghalang kepada dakwah. Para da’I perlu faham gerakan kehidupan dan benda hidup. Da’I perlu faham kejiwaan manusia dan bagaimana pula cara-cara mengesankan (influence) mereka. Da’I juga mesti tahu bagaimana jalan untuk membersihkan mereka. Suatu fenomena yang menarik perhatian ialah berkembang-nya dakwah di kalangan orang-orang kaya yang hidup di dalam kelam-kelibut tamaddun barat dan terdedah kepada tarikan-tarikan jahiliyyah moden. Fenomena ini diharapkan akan menjadi pembantu untuk membina ketahanan dan halangan dari tarikan-tarikan ini.
  6. Arus-arus pemikiran di hadapan para da’i. Ianya bergerak, bergelombang dan maju pantas. Ia boleh menjangkau ke mana sahaja manusia berada. Da’I perlu untuk berdepan menghadapi arus dan gelombang pemikiran ini. Tetapi ianya perlulah dengan pengetahuan dan secara objektif.

Kupasan oleh Prof Hamam Said dari Buku Qawaid Dakwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *