Tarbiyah Dari Seerah

Blog-The-significance-of-studying-seerah-720x340

Apakah Kita Telah Merasa Seerah ini Sangat Penting?

Dalam sekolah tarbiyah kita, kita dapati ada banyak bahan-bahan yang kita belajar samada melalui uusrah mingguan, daurah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya. Kalau kita cuba menyoroti sejarah tarbiyah diri kita sendiri, kita akan dapati, pelajaran yang kita dapati tdak boleh tidak akan bersumberkan dari tiga benda yang pasti iaitu; Al Quran, Hadeeth dan Seerah Rasulullah SAW.

Kalau dari pelajaran Al Quran, kita akan mempelajari mulai dari memahami kepada siapa dan bagaimana memaknani Al Quran seperti yang dimaknani oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sehinggalah kita mentadaburi dan memahami tafsiran-tafsiran dari ulama tersohor. Manakala hadeeth pula ialah apa sahaja yang dikatakan oleh RAsulllah SAW hingga kita mempelajari nya untuk memahami dasar-dasar islam dengan lebih mendalam. Al Quran dan hadith bukan lah suatu subjek berbeza, namun saling pelengkap satu sama lain.

Seperti itu jugalah dengan pelajaran seerah. Seerah Nabi Muhammad SAW ialah pelajaran yang berlatar cerita seorang manusia yang kisahnya paling qudwah. Jika seorang manusia itu mencari sebuah kisah contoh untuk meninggikan ruh dan kehidupan nya, maka disarankan menelusuri seerah Nabi SAW. Jika Al Quran penuh dengan ayat-ayat penting tentang pokok ajaran agama, pelajaran hadith menjelaskan dengan lebih meluas dan mendasar, maka pelajaran seerah pula menyiarkan pelajaran-pelajaran tersebut dalam sudut reality dan praktikal.

Sebagai daie ilallah; du’at dan penyelamat ummah, maka kita akan mencari-cari contoh terbaik untuk kita cuba laksanakan manhajnya buat pembaikan dibumi ini.

“Islam ini tidak akan naik semula jika para pendokong islam pada hari ini tidak melaksanakan yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh ummat terdahulu”. – Imam Malik ra

Mungkin kata-katanya ini boleh menjadi suatu formula yang bererti buat kita yang dalam medan perjuangan menegakkan kembali islam. inshaAllah.

Menurut Sheikh Mustafa Sibaie; dalam buku yang bertajuk : Sirah Nabi Muhammad; Pengajaran dan Pedoman, sheikh telah menuliskan beberapa kepentingan belajar seerah Nabi Muhammad SAW terutamanya bagi golongan muda yang mencari-cari jejak-jejak terbaik untuk membangunkan semula islam.

  1. Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih.
  2. Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w. wafat.
  3. Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya.
  4. Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia.
  5. Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita.

Kelima-lima keistimewaan ini cukup menjelas kan kesyumulan pelajaran seerah ini dalam tarbiyah kita. Rasulullah SAW ialah conoth manusia biasa yang tiada manusia beriman tanpa memisahkan antara logik akal dan jiwa, ertinya, keimanan yang merangkumi keimanan jiwa dan keyakinan akal yang tinggi.

Begitulah bekal seerah yang Allah SWT tinggalkan buat kita inshaAllah untuk menjadi khalifah diatas muka bumi ini.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)

Maka dengan demikian, tiadalah manusia hidup dalam keadaan yang terumabng ambing tenggelam dalam nafsu sendiri dalam menafsirkan makna kehidupan. Dan apatah lagi dalam menjalankan kerja-kerja membangun ummat, tidak boleh tidak, sahih dan benarlah manha Rasulullah SAW ialah yang terpaling tepat dalam menjalankan hukum hakam dimuka bumi ini.

Sekian.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *