KHOWATIR QURAN SURAH ISRA` (Siri 1)

surah isra

Sumber:  Sesi Khowatir Quran, ‘Ilmi Series,

Anjuran Belia Daie, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei Darussalam
(Rujuk Mind Map Surah Isra` – perlu dibaca bersama syarahan)

017 Khawatir isra – 2016

PENGENALAN

Pertamanya, bilangan ayat dalam surah Isra` ini ialah sebanyak 111 ayat. Ianya turun selepas surah Al Qasas. Nanti kit abaca tentang surah Al Qasas. Nama lain surah ini juga ialah Bani Israil. Maksud kepada Bani ialah anak-anak. Manakala maksud Israil ialah, Nabi Yaakob as. Siapakah Nabi Ishak? Iaitu anak Nabi Ibrahim a.s. (I – I – Y). bawah lagi ialah Nabi Yusof a.s. (I – I –Y –Y). keempat-empat Nabi ini dipanggil nasab yang paling mulia. Kenapa? Kerana semuanya keempat-empatnya ialah Nabi. Nabi pernah ditanya, siapakan nasab yang paling bagus, jawab nabi, Nabi yusof a.s.

Maka, Bani Israil ialah keturunan Nabi Yaakob. Kenapa Nabi Yaakob dinamakan Israil? Kerana dikatakan nabi Yaakob dikatakan telah berpindah dari ayahnya, iaitu pada waktu malam. Orang yang berjalan pada waktu malam dikatakan; Isra`. Ada juga; Israil, yang dating nya dari dua perkataan dari Hebrew, Isra ialah hamba, dan Il ialah Allah. Kesimpulannya Bani Israil ialah keturunan Nabi Yaakob as. Sampai sekarang orang-orang Yahudi ialah keturunan Bani Israil. Hinggakan sekarang mereka sangat-sangat teliti dengan keturunan mereka (but test dna). Kalau kristian tak kisah bangsa, tapi kalau Yahudi mereka kisah tentang bangsa. Orang Yahudi takkan dakwahkan orang untuk masuk agama Yahudi. Ini sekadar nak memahami tentang Bani Israil.

LATAR BELAKANG

Surah ini berkaitan tentang Isra`nya Nabi SAW. Peristiwa Isra` menjadi maksud diturunkan surah ini. ayat pertama surah ini menceritakan tentang Isra` tersebut (menggunakan perkataan asra). Keduanya, kenpaa namanya Isra dan bukan mikraj? Ikutkan mikraj lagi hebat sebab naik ke atas. Jarak madinah ke Aqsa lebih kurang 1500km sedangkan jarak nak langit jauh tak terjangkau. Jawapannya: peristiwa besar yang berlaku sewaktu Isra` iaitu Nabi SAW solat dengan nabi-nabi lain di masjid Aqsa.

Apa significance besar surah Isra` hingga menjadi nama surah ini? Ada petanda besar apabila Nabi Muhammad SAW menjadi imam kepada para nabi terdahulu. Disini tak perlulah kita berfikir tentang bagaimana keadaan solat tersebut dan mencari nabi-nabi di masjid tersebut. Ketika itu, semua nabi-nabi dating menjadi makmun Nabi Muhammad SAW. Itu petanda kepada menerima tanggungjawab.

Mari kita bersama melihat sejarah nabi-nabi bermula dengan Nabi Adam as sehingga Nabi Muhammad SAW. Selepas Nabi Adam – Nabi Idris….sehinggalah ke Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Ibrahim ada dua orang anak iaitu Nabi Ishaq dan Nabi Ismail. Bermula Nabi Adam hinggalah ke Nabi Ibrahim as, ada pelbagai Nabi. Apabila terpecah kepada dua bahagian; Nabi Ishaq berakhir ke Nabi Isa a.s, manakala Nabi Ismail berakhir ke Nabi Muhammad SAW. Nabi Isa a.s ialah Bani Israil kerana keturunan Nabi Ishaq as. Oleh itu, logiknya; dunia ini ketika zaman Nabi Ishaq as hinggalah ke Nabi Isa as, dipenuhi oleh Bani Israil. Tempoh masa ketika itu ialah kira-kira 3000 tahun. Bayangkan, selama 3000 tahun Allah mentaklifkan urusan menjaga dunia ini kepada para Nabi dikalangan Bani Israil iaitu keturunan Nabi Yaakob. Seolah-olah Allah berkata kepada mereka ; “Jagakan dunia ini”. Dikatakan, Nabi Sulaiman (salah seorang nabi bani Israil) telah membina masjidnya di Baitulmaqdis yang kini dinamakan Haikal oleh orang Yahudi. Hinggakan ke Nabi Isa, beliau dicuba untuk dibunuh tetapi Allah telah mengangkat Nabi Isa. Maka, pembunuh Nabi Isa ialah Bani Israil. Dan siapa yang membunuh Nabi sebelum Nabi Isa as iaitu Nabi Yahya bin Zakariya? Nabi Yahya dan Nabi Zakariya dibunuh juga oleh Bani Israil.

Jadi, sifat Bani Israil ialah membunuh nabi-nabi. Hinggakan akhirnya bila dating Nabi Muhammad SAW, Allah SWT seolah-seolah berkata; “cukuplah keturunan Bani Israil menjadi Nabi”. Akhirnya, keturunan Nabi Ismail yang tersimpan di padang pasir Mekah dijadikan nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Maka inilah maksudnya; Terima Tanggungjawab. Simbolik nya terdapat dalam kisah Isra`.

Sunnatullah penukaran pemegang amanah. Lihat quran ayat; surah Muhammad ayat ke 38.

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir Sesungguhnya Dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Lihat dipenghujung ayat itu. Maksudnya; penggantian kaum ialah suatu sunnatullah. Logiknya juga dipejabat atau di organisasi kita; jika telah diberikan tugas dan tak dilaksanakan; pastilah akan digantikan dengan orang lain. Samalah dengan kita apabila mendapat kefahaman ini; jika kita berpaling, pastilah kita akan diganti.

Contohnya lagi; Allah berikan peluang kepada orang Quraisy di Mekah untuk mendapat dakwah islam. Namun kerana mereka tidak mahu menerima dakwah Nabi SAW, Allah pun pindahkan tanggungjawab itu kepada orang Madinah. Itu ialah sunnatullah yang pasti akan terjadi.

(Akan bersambung lagi)

uqy isra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *