Pengenalan Khowatir Quran oleh Ustaz Salam (1)

Assalamualaikum WBT

KHOWATIR 1

(Sumber:  Sesi khowatir quran, ‘ilmi series, anjuran belia daie, pusat dakwah islamiah, brunei darussalam)
Sesi khowatir quraniyah ini telah bermula sejak tahun 2013. Bermula di kuala belait bermula dengan surah al fatihah kemudian disambung pada tahun 2014, 2015 dan 2016 tahun ini dapat bersama di pusat dakwah ini, lebih nyaman dan mubarak inshaallah disurau ini. Dengan kesempatan ini sesi 2016 ini dimulakan dengan surah al isra.

Sebelum itu, akan dibentangkan synopsis surah-surah awal hingga ke hari ini dengan masa yang ada.

Apakah maksud khowatir? Kalau dalam bahasa melayu, khowatir bermaksud takut. Dalam bahasa arab, khowatir bermaksud khotirah. Khotirah ialah sesuatu yang terlintas didalam hati. Atau suatu lintasan. Maka khowatir ialah: lintasan-lintasan. Iaitu, ianya bukan tafsir quran, kita hanya akan buat khowatir, iaitu perkara-perkara penting dari setiap surah.

Dalam quran ada 114 surah, pertamanya kita kena tahu nama-nama surah. Kalau boleh pastikan tahu nama-nama surah dalam Al Quran. Boleh dapatkan nasyid untuk nama-nama AlQuran jika tak tahu. Keduanya, perlu tahu makna kepada nama surah tersebut. Contoh, Al Ankabut = labah-labah. An Naml = semut. Ketiganya, kita perlu tahu apa yang ada dalam setiap surah secara roughly. Kebanyakkan dari kita memang tak hafal quran, tapi apa yang perlu kita tahu ialah secara sepintas lalu apa yang ada dalam surah tersebut. Yang keempat, setiap surah tersebut dinamakan oleh Allah SWT, bukan nabi atau sesiapa. Kadang-kadang ada lebih dari satu nama; nama-nama ini diberikan sebagai nickname. Jadi, kita kena tahu apa namanya. Kelimanya; kenapa Allah SWT menamakan sura tersebut dengan nama tersebut. Contohnya, jika manusia itu dinamakan Mustaqim = seorang yang istiqomah, tetapi orangnya tak istiqomah. Namun, nama-nama surah dalam AlQuran yang diberi nama oleh Allah SWT dan mempunyai significance besar dengan maksud kepada surah tersebut. Ada hubungkait yang rapat antara nama dan isi kandungan surah tersebut.

Contoh: Surah  Al Baqarah. Iaitu maksudnya surah lembu betina. Bermula dengan huruf-huruf Alif Lam Min, dan berakhir dengan… ? Namun, surah yang paling panjang dalam quran ini, adakah menceritakan tentang lembu? Ya, ada. Berapa banyak ayatnya? Adakah menceritakan segalanya tentang lembu? Jenis-jenis lembu, masalah-masalah lembu, bilangan lembu…dan sebagainya tentang lembu. Bagi orang yang menganggap surah ini cerita tentang lembu, tapi tiada. Jadi, apa yang ada dalam surah Al Baqarah? Pertamanya; jenis-jenis manusia (20 ayat pertama). Kemudian, kejadian manusia. Seterusnya, Bani Israil iaitu keturunan Nabi Yaakob as sehinggalah ke kisah Nabi Musa barulah masuk topic lembu. Namun, berapa banyakkah cerita lembu dalam topic ini? berapa ayat yang menceritakan tentang lembu? Hanya setengah muka AlQuran sahaja sedangkan surah AlBaqarah itu sendiri ada dalam 50 muka surat. Persoalannya, kenapa dinamakan lembu? Perlu tahu atau tak perlu? (Boleh semak semula kajian khowatir pada tahun 2014).

Contoh seterusnya ialah surah ‘Ali ‘Imran. ‘Ali ialah keluarga, maka maksud nama surah ialah Keluarga ‘Imran. Keseluruhan surah ini ialah sebanyak muka. Walaupun surah ini namanya Keluarga ‘Imran, namun taklah keseluruhan surah menceritakan tentang keluarga ‘Imran. Kenapa? Sila cari jawapannya.

Contoh ketiga ialah Surah An Nisa`. Maksudnya; perempuan-perempuan. Cerita dalam surah ini menceritakan tentang anak yatim, dan tak semua tentang perempuan. Apa kaitan nama dan kandungan ini?

Maka kesimpulannya; perlu tahu kenapa nama tersebut dan apa content surah tersebut. Sepatutnya kita sedih kalau tak tahu. Kalau kita tak tahu mungkin kita akan diperdaya oleh orang kafir yang lebih tahu tentang Al Quran. Semoga kita dapat mengambil peluang dibulan Ramadhan ini untuk pelajari tentang Al Quran. Perlu buat bacaan terjemahan dan pengisian-pengisian yang memahamkan Al Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *