Muqaddimah Penyusun Fi Zilal An Nawawiyah

Fi Zilal an Nawawiyah

Fi Zilal an Nawawiyah

Terilham dari as-Syaheed
yang telah mengorak langkah menghidupkan balik
rasa rindu untuk bersama memahami nas-nas
dalam naungan amal haraki. Kami mengambil ilham fi Zilalnya.
Untuk Fiqh Tarbawi dan Haraki dari hadis-hadis ini.
Ketika rasa meluap ingin menghayati kalam as-Rasul saw
dari hati seorang sahabat yang perit jerih membawa Islam
dengan darah dan air mata.
Walaupun kita tidak dianugerahi
kurniaan melihat dan menatap kekasih tertinggi,
namun amal yang kita ceburi
membayangi ‘aura’ zaman itu.
Moga curahan perasaan dan perkongsian ini
datang dari wangian wahyu
dan bukan dari ‘al-hawa’.

(Sajak yang dimasukkan dipermulaan buku ini)

Alhamdulillah wakafa.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah melaksanakan amanah menyampaikan Islam sehingga kita pada hari ini dapat menikmatinya dan hidup aman di bawah lembayung rahmat Islam ini.

Banyak buku telah ditulis untuk menjelaskan hadis 40 yang di tulis oleh Imam al-Nawawi ini. Kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri, memberi faedah kepada pembaca dan menyumbang banyak kepada kefahaman Islam hari ini.

Buku ini cuba untuk menyumbang dalam sudut yang berbeza. Ia cuba untuk menjadi buku
diharapkan akan dijadikan sebagai bahan perbincangan di dalam halaqah-halaqah tarbawiyyah. Ia ditulis secara padat, bernota, ringkas dan mengambil semua aspek dengan tambahan khusus aspek tarbawi dan haraki yang memang diperlukan oleh halaqah tarbawiyyah dan para da’i. Tambahan pengajaran dan praktikal hidup pula disumbangkan khusus oleh seorang Syeikh yang telah lama hidup dengan dakwah dan harakah demi untuk mengongsi saham dalam penerbitan buku ini. Tulisan merupakan gabungan dan saduran dari pelbagai bahan buku syarah kepada matan hadis 40 dan beberapa buku lain. Antaranya ialah:

  • Al-Arba’in an-Nawawiyyahdgn Syarahnya oleh Imam an-Nawawi.
  • Qawaid wa Fawaidmin Arba’in an-Nawawiyyah (Nazim Muhammad Sultan)
  • Al-Wafisyarh arbain an-Nawawiyyah
  • Idhoh al-ma’ani al-Khafiyyah fi al-arba’inan-Nawawiyyah (Mohammad Tatai)
  • Riyadhussolihinoleh Imam an-Nawawi dan syarahnya Nuzhatul Muttaqin.
  • Al-Fathu al-Mubiin Bi Syarhi al-Arba’iin oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami.

Jazakumullah kepada semua yang telah menyumbang untuk penerbitan dan suntingan buku ini. Kepada Abu Toriq dan Ummu Toriq yang menyumbang noktah-noktah penting dalam pengajaran tarbawi, penerbit yang sanggup menerbitkan buku ini dan kepada semua yang mungkin tidak disebutkan nama mereka di sini.

Semoga ia bermanfaat untuk pelajaran dan tarbiah dijalan Allah hingga ke hari kemudian
dan akan menjadi amal jariah kepada penyusunnya.

Segala kesilapan adalah lumrah dan semoga pembaca meringankan jari untuk menghubungi penyusun untuk ditashihkan.

Penyusun,
Dr Kamaru Salam bin Yusof (Phd. Syariah)
Ustazah Suwaibah Muda (BA Syariah, Univ. Al-Azhar)
Kuala Terengganu, 1433/ Sep 2012.
hubungi: muntalaq@gmail.com

Jika berminat untuk mendapatkan buku ini; kunjungi FATEHMALL.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *