Kata-kata Pengarang Seerah Raheeq Makhtum

raheeq cover depan

Ar Raheeq Al Makhtum

         Segala pujian bagi Allah swt yang telah mengutus rasulNya pembawwa hidayat dan agama yang benar buat menzahirkan keatas semua agama, maka Allah swt menjadikan Baginda sebagai saksi, basyir dan nazir (pemberitahu berita gembira dan menakutkan), menyeru kejalan Allah swt dengan ziinNya. Baginda juga sebagai lampu yang menerangi dan Allah swt menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh tauladan bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT dan hari akhirat serta berbanyak menyebut nama Allah SWT.

Ya Allah, ya Tuhanku, berilah salam dan selawat serta berkah kepada baginda dan keluarga baginda dan sahabat baginda dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka hingga ke hari akhirat dengan limpahan rahmatMu dan keredhaaanMu sebanyak-banyaknya.

        Suatu petanda yang menggembirakan dab membahagiakan, dimana pihak Rabithah al alam al Islami mengakhiri persidangan “As-Sirah An-Nabawiyah” yang telah berlangsung di Pakistan pada Rabiulawwal 1396H dengan pengisytiharan sayembara penulis sirah Rasulullah SAW bertaraff dunia islam sebagia satu galakan kepada para penulis dan penyelarasan kepada usaha-usaha karya mereka. Usaha seperti ini merupakan satu nilai yang besar faedahnya yang tidak dapat diperkatakan kerana seerah nabawiyah atau sejarah hidup Rasulullah SAW dan contoh tauladannya, bila diamati dengan cermat akan terbukti ianya merupakan sumber tunggal yang terpancar darinya seluruh potensi kehidupan dunia islam dan kesejahteraan manusia sejagat.

Adalah menjadi kebanggaan dan kebahagiaan saya dimana saya bernasib baik untuk mneyertai pertandingan sayembara yang penuh barokah ini, tetapi siapalah saya hingga sanggup berdaya pula untuk mmebuat liputan ketas kehidupoan junjungan besar penghulu seluruh kaum mukmin terdahulu dan sesudahnya. Saya ini tidak lebih dari soerang biasa yang melihat bahawa kebahagiaan sepenuhnyaialah dengan bersuluh dan memiliki cahaya-Nya agar nanti tidak musnah di pelusuk kegelapan malah penuh harapan akan hidup sebahagian umat Muhammad SAW dan mati pun sebagai umatnya. Semoga mendapat keampunan atas apa sahaja yang terlanjur dan memperoleh syafaat agungnya.

          Beberapa catitan ringkas pada saya perlu dituliskan disini untuk menjelaskan metodologi penulisan yang menjadi disiplin kajian saya ini. Saya cuba merangkan penulisan ini dalam bentuk yang sederhana , cuba mengelak dari huraian yang panjang dan membosankan atau juga ringkas yang mencacatkan. Saya seringkali menjadi percanggahan besar dalam pnusunana peristiwa dan pendetailan bahagian-bahagianya dalam beberpa rujukan yang muktabar. Oleh itu, saya mmebuat penyiasatan lanjut dan melihat peristiwa sejarah itu dari bebrapa aspek dan, kemudian barulah saya muatkan kedalam buku ini setelah pasti tentangnya. Namun demikian saya masih berwaspada untuk tidak membawa alasan dan hujahnya kerana cara ini boleh membawa kepada perbincangna yang tidak perlu. Boleh jadi pada sesetengah tenmpat saya cuba membawa hujah-hujah jika ada keperluan.

Ya Allah Ya Tuhanku! Berilah daku dan seluruh umat Muhammad SAW kebaikan didunia dan akhirat, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun, Pengasih dan Pemilik ‘Arasy yang terpuji.

Sofiyyur-rahman Al-Mubarakfuri
Binaras, India
23 Julai 1976

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *