Assalamualaikum!

assalamualaikum_design002_by_tilmizart-d89ai2k

Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah. (Selawat & Salam keatas Rasulullah SAW, Sahabat, Tabi’ dan Tabi’in serta para pejuang islam & iman yang dengan usaha mereka atas qadar Allah, tersampainya islam dan iman kedalam hati kita – Amin)

Berbaju cantik dihari raya;
Assalamualaikum pembuka bicara.

Tengok facebook berita terkini;
Terima kasih berkunjung kesini.

🙂

Ahlan wa sahlan buat semua pengunjung website Pustaka Buku Putih. Alhamdulillah, jika sebelum ini kami hanya beroperasi melalui facebook, kini kami telah mula menpak lebih kehadapan menggunakan website dan seterusnya kedai online kami.

Usaha ini tidak lain supaya semua peminat setia dan para daie murabbi mendapat maklumat dan memudahkan untuk medapatkan buku-buku fikrah untuk dakwah , inshaAllah.

logo pbp

Impian kami, sama seperti antum, agar fikrah dakwah ini dapat dijayakan dengan sepenuhnya, dengan total keimanan yang murni. Semoga usaha kita mendapat ganjaran Allah SWT.

Jangan malu-malu hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan mahupun sebarang persoalan termasuklah persoalan qadaya dakwah :). Kami sedia membantu.

Jengok-jengoklah page Katalog Buku untuk melihat buku-buku terbitan kami. Jika mahu membeli, hanya klik link (diatas) yang bertulis “Beli Buku Online”. InshaAllah, kami akan proses pembelian antum dengan segera.

Hingga ketemu lagi, Assalamualaikum! 🙂

—-
Team Editorial
Pustaka Buku Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *